Tuesday, 7 June 2016

SIBUK BUKAN LAGI ALASAN





Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sudah agak lama saya tidak menulis di blog ini. Yang pastinya, sibuk adalah satu-satunya alasan yang sering saya berikan. Memang saya sibuk. Pagi tugas hakiki dan malam pula mendidik anak-anak di kelas tuisyen. Tetapi saya tidak mahu kesibukan saya menghalang saya menulis lagi.

Oleh itu, sempena bulan Ramadan yang mulia ini, saya berazam untuk menulis sekurang-kurangnya sekali setiap bulan. Untuk itu, nantikan artikel terbaharu saya esok berkaitan dengan Teknik Mengingat.  

HT Nushaimin
06/07/2016 

Thursday, 11 February 2016

SAYA SEORANG TUTOR



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

 
Sebahagian dari anak didik saya dari tahun 5 SK Bukit Sentosa. Yang kecil tu anak saya, boleh diabaikan ye...  : )






 Saya adalah seorang Penolong Jurutera yang sehingga kini telah pun berkhidmat selama 13 tahun di UPSI. Karier sebagai tutor ini bermula 3 tahun yang lalu dengan niat untuk mendidik anak-anak saya dan anak-anak jiran-jiran di samping mencari duit tambahan.