Assalamualaikum dan salam sejahtera.
| ||||||||||||
| Sebahagian dari anak didik saya dari tahun 5 SK Bukit Sentosa. Yang kecil tu anak saya, boleh diabaikan ye... : ) |
Saya adalah seorang Penolong Jurutera yang sehingga kini telah pun berkhidmat selama 13 tahun di UPSI. Karier sebagai tutor ini bermula 3 tahun yang lalu dengan niat untuk mendidik anak-anak saya dan anak-anak jiran-jiran di samping mencari duit tambahan.
Sepanjang 3 tahun ini bermacam-macam pengalaman suka duka, pahit manis yang telah saya lalui bersama anak-anak didik saya. Semuanya saya tempuhi kerana minat dan sayangkan mereka.
Kini anak didik saya berjumlah 26 orang dari tahun 1 - tahun 6. Keinginan saya untuk mendidik anak-anak bangsa semakin meluap-luap. Namun tidak mampu untuk berkembang atas faktor ruangan yang terhad.
Bermula dari situlah saya menyelami pendidikan online supaya saya boleh mendidik lebih ramai anak-anak tanpa kongkongan ruang. Oleh itu saya memilih produk pendidikan i-LEARNAce (iLA), sebuah produk pendidikan terkini dan terbaik dari SASBADI, pengeluar bahan pendidikan terunggul Malaysia.
Nantikan artikel saya yang berikutnya mengenai kelebihan dan kebaikan produk interaktif i-LEARNAce (iLA) ini.
Whatsapp segera ke 011-12406525 untuk sebarang pertanyaan.
HT Nushaimin
11/02/2016
p/s : Saya menggunakan Tutor Terbaik Malaysia - Bukit Beruntung kerana saya percaya saya adalah tutor yang terbaik kepada anak-anak didik saya buat masa ini. Ibu dan bapa mereka menghantar mereka kepada saya, kerana mereka KENAL dan PERCAYAKAN kemampuan saya. Selain itu saya juga adalah salah seorang daripada Graduan TTT1 Akademi Tutor Terbaik Malaysia Siri 1 (Kumpulan 1) bertarikh 7.2.2016 yang diasaskan oleh HT Amir, seorang Private Home Tutor, Peniaga Buku Online, Penganjur Bengkel Bijak Belajar dan Penceramah Motivasi yang tidak asing lagi.
No comments:
Post a Comment